Entries

Sudut Bacaan Kelas

by Admin on Sunday, August 2, 2009 at 11:00 AM

Sepanjang bulan Julai dan Ogos, satu Pertandingan Sudut Bacaan Kelas telah diadakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar mewujudkan sudut bacaan di dalam kelas agar amalan membaca dapat dibudayakan dalam kalangan pelajar. Sambutan daripada para pelajar agak menggalakkan. Kelas 4 Arif menjadi johan manakala 4 Terampil menjadi naib johan. Pelbagai jenis buku termasuk majalah, buku fiksyen dan buku bukan fiksyen telah diletakkan di sudut bacaan yang dihiaskan dengan menarik. Foto kedua-dua sudut bacaan itu telah dihantar ke PKG Gelugor untuk Pertandingan Sudut Bacaan Kelas peringkat kawasan Gelugor.


Sudut bacaan kelas 4 Arif dan 4 Terampil.